Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dengan tema “Bahasa Jiwa Bangsa” 2016 (for International Students Only)

Sukacita dimaklumkan bahawa, Faculty of Education & Humanities, UNITAR International University akan menganjurkan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dengan tema “Bahasa Jiwa Bangsa” 2016. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan mencungkil bakat serta potensi yang ada pada diri pelajar antarabangsa.

Butiran pertandingan adalah seperti maklumat di bawah:

Tarikh: 12 April 2016
Hari: Selasa
Masa: 9.00 pagi – 12.00 Tengah hari
Tempat: UNIEC Inspire, Level 9, UNITAR International University,Jalan SS6/3, 47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Golongan Sasaran: Pelajar antarabangsa.
Hadiah: Tempat Pertama, Tempat Kedua & Tempat Ketiga.
Penyertaan: PERCUMA.

Borang penyertaan boleh dihantar melalui alamat emel: sharliana@unitar.my sebelum Rabu, 6 April 2016.

Muat turun borang penyertaan.

Comments are closed